Dilahirkan di Kuala Selangor, membesar di Bukit Cherakah dan kini menetap di Shah Alam, Selangor. Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma di Sepang. Pemegang Diploma Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat Terbang dan mula berjinak dalam bidang fotografi sekitar tahun 2008.
Minat dalam fotografi ketika di bangku sekolah lagi, sewaktu telefon bimbit berkamera dikeluarkan (pada ketika itu, VGA camera phone dimanfaatkan sepenuhnya). Oleh kerana faktor harga DSLR terlalu tinggi, SONY DSC-P32 (3.2mp) dan juga HOLGA 120 CFN (kamera plastik) menjadi peneman ke mana sahaja pergi, sehingga memiliki DSLR pertama pada tahun 2008.
Menubuhkan THE SHUTTERISM STUDIO bersama rakan kongsi sejak awal tahun 2010 dan mula menjadi jurufoto sepenuh masa sejak awal penubuhan studio ini. Bertapak di Seksyen 16 – Alam Avenue1, Shah Alam. Kini sedang menguruskan The Shutterism Studio dan menjadi sebagai jurufoto senior yang terlibat dalam kerja-kerja jurufoto yang tidak hanya terhad pada jurufoto perkahwinan malahan untuk keperluan komersial, korporat dan lain-lain majlis.